Subscribe:

Ads 468x60px

Sunday 3 June 2012

POSTER


Munari (2008) emlihat dan menilai, keberkesanan sebuah poster itu merujuk kepada bagaimana tumpuan mata seseorang itu apabila melihat poster, dengan kata lain ‘a poster should hit you in the eye’. Walau bagaimanapun, sebuah poster yang baik memerlukan elemen lain seperti penggunaan warna, pelbagai rupa, bentuk dan teks, maklumat yang hendak disampaikan, komposisi, saiz dan adakalanya poster yang ringkas sahaja dapat memberi impak yang tinggi kepada pemerhati. Oleh itu, penilaian ke atas sebuah poster adalah berlandaskan kepada kriteria-kriteria yang agak subjektif dan tidak terhad (muktamad) dimana, ianya boleh diubahsuai dan dilakukan penambahbaikan.
Apakah tujuan utama poster? Peranan atau tujuan utama yang dimainkan oleh poster kerapkali dikaitkan dengan penggunaan pengiklanan di tempat awam. Samada promosi barangan atau produk keluaran baru, khidmat yang diberi, aktiviti yang akan dijalankan dan pelbagai macam matlamat oleh pihak pengeluar barangan dan syarikat perniagaan. Kesannya semata-mata dilihat dapat meningkatkan penjualan, menjadi lebih kukuh dan dikenali serta dapat menyakinkan pengguna kepada produk atau khidmat yang diperkenalkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...